и посмотреть медиа
Astro AWANI - новости Малайзии
и посмотреть медиа
Официальный канал Astro AWANI с новостями Малайзии: политика, экономика, общество. Быстрые обновления и репортажи.
Официальный канал Astro AWANI с новостями Малайзии: политика, экономика, общество. Быстрые обновления и репортажи.
🗞️ Astro AWANI — ведущий источник новостей Малайзии. Канал предоставляет оперативные репортажи о политике, экономике, спорте и культурных событиях.
📡 Официальный контент включает прямые трансляции ключевых моментов, интервью и аналитику. Фокус на национальных и региональных новостях АСЕАН.
🌟 Получайте информацию из первых рук: от правительственных заявлений до уличных репортажей. Идеально для отслеживания малайзийских трендов.
Melalui kemas kini baharu itu, sistem berkenaan kini menyokong penggunaan kata laluan alfanumerik dengan panjang minimum lapan aksara, termasuk gabungan huruf, angka dan aksara khas seperti '@', '!' serta '$'. Langkah itu menamatkan had sistem terdahulu yang sejak 2017 hanya menggunakan PIN enam digit sebagai lapisan keselamatan tambahan, sekali gus mengurangkan risiko kata laluan diteka oleh pihak tidak bertanggungjawab. Lanjut: Ссылка скрыта #AWANInews
Открыть канал и посмотреть медиаSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa Jalur Gemilang bukan sekadar bendera yang dikibarkan ketika sambutan kemerdekaan, malah lambang negara yang dimiliki dan dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Baginda bertitah walaupun berbeza bangsa, agama, bahasa, fahaman politik dan latar belakang, Jalur Gemilang mengingatkan bahawa mereka tetap bernaung di bawah sebuah negara yang sama. Lanjut: Ссылка скрыта #AWANInews
Открыть канал и посмотреть медиаSebuah dokumentari mengenai serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza akan ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Venice ke-83 bulan depan, lapor Anadolu Ajansi memetik akhbar Britain The Guardian pada Isnin. Filem bertajuk NAZA itu diarahkan pemenang Oscar Yuval Abraham dan Rachel Szor serta diterbitkan oleh The Guardian. Dokumentari itu menyiasat apa yang disifatkan akhbar berkenaan sebagai “pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin yang dirancang oleh Israel.” Lanjut: Ссылка скрыта #AWANInews
Открыть канал и посмотреть медиаMangsa terkorban dikenal pasti sebagai Loupin Adow, 67, anaknya Azman Maduin, 50, dan cucunya, Nurul Asyiqin Alinor, 29 manakala yang melecur merupakan suami kepada Nurul Asyikin berusia 34 tahun. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.43 pagi. “Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas sejauh enam kilometer tiba di lokasi pada 1.50 pagi. Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiga mangsa ditemukan dalam keadaan rentung manakala seorang mangsa yang mengalami kecederaan akibat melecur dihantar ke hospital oleh jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya. Berita lanjut: Ссылка скрыта #AWANInews
Открыть канал и посмотреть медиаPendekatan itu diterapkan McDonald’s Malaysia menerusi Akademi Vokasional McDonald’s yang menggabungkan latihan berasaskan industri dengan kelayakan kemahiran bagi membina kompetensi, keyakinan dan laluan kerjaya golongan muda. Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, berkata pengiktirafan terhadap kemahiran memberi nilai tambah kepada graduan, khususnya dari segi keyakinan dan kebolehpasaran. “TVET berkeupayaan untuk menyediakan laluan daripada pembelajaran kepada pekerjaan dan perkembangan kerjaya serta membentuk karakter diri. Selain itu, penglibatan industri turut memainkan peranan penting bagi memastikan latihan kekal relevan dengan keperluan sebenar tempat kerja. Berita lanjut: Ссылка скрыта #AWANInews
Открыть канал и посмотреть медиаHari ini 485 tahun yang lalu, Uthmaniyah pimpinan Sultan Suleiman Yang Agung berjaya menakluk kota Buda, Hungary. Selepas Pertempuran Mohacs 1526, sebahagian besar Hungary berada di bawah naungan Empayar Uthmaniyah. Namun Raja Hungary, John I Zapolya menerima tekanan supaya tunduk kepada Kerajaan Habsburg pimpinan Archduke Austria, Ferdinand I. Akhirnya John I dipaksa membuat satu perjanjian sulit di Nagyvarad pada 1538, yang memperuntukkan pengukuhan kedudukan John I sebagai Raja Hungary dengan Ferdinand I dinamakan sebagai pewaris takhta Hungary. Perjanjian itu dibuat Ferdinand menyangkakan John I, yang ketika itu sudah berusia 50-an, akan membujang hingga akhir hayat. Namun pada 1539, John I mengahwini Puteri Isabella dari Poland & dikurniakan anak bernama John II Sigismund Zapolya. Apabila John II yang masih kecil ditabal sebagai Raja Hungary yang baharu, Ferdinand melancarkan kempen menakluk Hungary. Dibentuk angkatan seramai 40,000 tentera & satu demi satu kota kecil ditawan hingga sampai ke Buda pada 3 Mei 1541. Sebagai respon, Sultan Suleiman mempersiapkan sekitar 50,000 bala tentera & mara ke Buda yang telah dikepung oleh tentera Habsburg. Kumpulan pertama angkatan Uthmaniyah tiba pada 10 Julai & mula melancarkan serangan. Beberapa siri serangan berskala kecil melemahkan barisan Habsburg sebelum seluruh ketumbukan tentera Uthmaniyah melanggar mereka pada 20 Ogos. Akhirnya tentera Habsburg berundur selepas kehilangan sekitar 20,000 tenteranya. Keesokan malamnya, Sultan Suleiman menjemput John II, ibunya Isabella & para pembesar Hungary ke khemahnya untuk meraikan kemenangan mereka. Dalam suasana keraian, tentera Uthmaniyah juga bebas masuk & melawat kota Buda. Rupanya ia satu helah daripada Suleiman, apabila sedikit demi sedikit tentera Uthmaniyah menyelinap masuk ke dalam kota, menawan pos-pos kawalan sekaligus menguasai seluruh kota itu. Hungary akhirnya menjadi milik penuh Uthmaniyah. Ia merupakan kemenangan terpenting Sultan Suleiman ke atas Habsburg, titik permulaan penguasaan Uthmaniyah di bumi Hungary selama 150 tahun. Sumber: On This Day, Youtube/Kings and Generals #PeristiwaHariIni
Открыть канал и посмотреть медиаPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen bukan hak eksklusif seseorang wakil rakyat berkenaan. Beliau berkata peruntukan kerajaan itu diberi kepada rakyat bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan keselesaan dan taraf hidup rakyat di kawasan tersebut. Berita penuh di: Ссылка скрыта #AWANInews
Открыть канал и посмотреть медиаInstitut Jantung Negara (IJN) mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya menjalani prosedur implan alat pacu jantung tanpa plumbum untuk ritma jantung yang tidak normal petang tadi. Berikutan prosedur tersebut, beliau dinasihatkan untuk berehat. Oleh itu, lawatan akan dihadkan kepada ahli keluarga terdekat bertujuan pemulihan dan memastikan privasi. Ikuti berita terkini di Ссылка скрыта #AWANInews
Открыть канал и посмотреть медиаPresiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terkeluar secara automatik daripada Perikatan Nasional (PN) susulan hasrat parti itu untuk membentuk gabungan baharu. "Dia (Bersatu) sudah membuat kenyataan hendak tubuh satu pasukan lain... automatik dia keluar," katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di Marang, hari ini. Berita penuh di: Ссылка скрыта #AWANInews
Открыть канал и посмотреть медиаТолько зарегистрированные пользователи могут делиться своим мнением.
Станьте первым, кто поделится своим впечатлением об этом ресурсе!
Живые обновления о противостоянии Китая и Тайваня: новости, события и аналитика в реальном времени.
Канал о библейских пророчествах конца времен. Истина освободит вас - духовные размышления и откровения. 📖